~kHas BuAt WaNiTa~

Pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan.

Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya.

Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalikperlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata:
"Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

p/s:Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga

~perginya dikau~

perginya dikau insan yang paling ku sayangi
membiarkan aku sendiri meniti perjalanan hidup ini
tak mahu ku bayangi hidup ku di hari mendatang
tanpa wajahmu, tanpa suaramu
ah..DIA lebih berhak ke atasmu
semoga rohmu dicucuri rahmat
dan bersemadilah dikau bersama orang2 beriman
amin..

al-fatiha buat arwah nenek ku....040409 2055