~paKu di DinDing HaTiMu~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yangPertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.


Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.


Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.


Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati"

7 comments:

D' Perfume said...

kakak ekino pnah cerita kat ekino cite ni satu ketika dulu..
btol tu..tak perlu tanam sifat pemarah dan panas baran dalam diri..
tak elok..
isk3..
btol tak dann??
:p

Cik Jannah said...

;)
kdg2 kite x prasan kata2 kite meninggalkn kesan pd owg.
ye la lg2 tyme tgh mrh..
bwk2 la bersabar law tgh mrh cm ne skalipon.
jgn smpai meluka kan ati owg laen..

cik jannah nk mtk maap gak la lau tuan blog ade trase ngn cik jannah
ahax~

Anonymous said...

ee tetib rasa touching baca entry ni.
betul2, kita memang tak sedar kalo kita marah. main lepas je. kalo minta maaf banyak kali pun, maaf tu dah basi. mcm kesan luka yang tertinggal tu. maaf gak wat semua..

Ain said...

betul2..sangat setuju

Kipas said...

sume org penah wat kesilapan... tp... klu wat kesilapan yg same... bkn lagi dipanggil kesilapan... but kesalahan...

cikNiarun said...

mak dinda pon salu cakap begitu~

eiza in the house.. said...

sy maafkan kamu..sbb n3-n3 pelik kamu mmberi kesan dlm jiwa sy..huhu