~kerana dia seorang wanita~


hanya kerna lunak suaranya
hanya kerna lembut tutur bicaranya
dia mampu mencairkan hati wanita lain
dengan susun kemas ceriteranya

hanya kerna titis air matanya
hanya kerna sedih pilu hatinya
dia mampu mencuit hati wanita lain
dengan emosi yang dizahirkannya

hanya kerna dendam di jiwanya
hanya kerna ketidakpuasan hatinya
dia menggunakan wanita lain
melangsaikan hutang dendamnya

hanya kerna dia insan yang lemah di mata wanita lain
hanya kerna dia harus di bela pada pandangan wanita lain
musnahlah sebuah kepercayaan yang terbina
musnahlah sebuah kedamaian yang tercipta
hancurlah sebuah kebahagiaan yang diharap
hancurlah sebuah perhubungan yang terjalin
wujudlah rasa sangsi yang mendalam
wujudlah rasa benci yang menggunung

semua kerna dia seorang wanita
dan kau juga seorang wanita
bisa meluluhkan hati seorang pencinta wanita
gugur cebisan demi cebisan
hingga tiada pun serpihan hati yang tinggal
walaupun hanya tangkai hati
yang ada hanyalah kesan dan ruang kosong
tempat hati itu asalnya

ermmm

susahnya mencari kebenaran selagi kebenaran itu diperlukan dari makhluk bernama manusia yang punya akal dan hati yg tak terjangkau oleh kita...
susahnya mencari sesuatu yang tak pasti apakah kesudahannya
susahnya menjaga sesuatu agar ia ttp teguh di tempatnya
susahnya menjadi sesuatu yang tak pasti di mana tempat dan layaknya
susahnya bergelar pelakon atas pentas ciptaan manusia
susahnya menghadapi sesuatu yang tak pernah terfikir oleh minda
susahnya meyakinkan makhluk ttg sesuatu
susahnya meneutralkan insan yang pro ke atas sesuatu....

semoga segala kesusahan itu berlalu pergi dan datanglah sesuatu yang mendamaikan

hari ini````

hari ini hari selasa. Semalam hari isnin. Sebelum isnin ialah hari ahad. Sebelum ahad ialah hari sabtu. Sebelum sabtu ialah hari jumaat. Sebelum tu ialah hari khamis. Sebelum khamis ialah rabu. Esok juga hari rabu. Pelik tak? Rabu ada sebelum ni. Tp esok rabu datang lagi. tak pelik pun sbb mmglah hari-hari di setiap minggu akan ada hari yang sama. tu nmnya 7 hari seminggu.
jam baru menunjukkan jam 14:00 ada lagi 10jam sebelum smpai hari esok. Saya sangat mengantuk ketika ini. Ingin saya tidur tapi ia tak selamat untuk saya. Kenapa saya mengantuk? Sbb sy mmg mengantuk. Sy yang sangat sengal hari ini walaupun memang hari2 saya sengal. saya pun tak tau kenapa n3 ini yang sy masukkan kat dalam ni. n3 ni la yg mmbuktikan sy ssgt sengal ketika ini. perot sy kenyang walaupun pertama kali sy makan tak abes<--- membazir!! sbb saya bfast makan chew gum yang tak tertelan2 oleh tekak sy smpai jam 11am. kemudian sy makan roti bberapa keping dan keluar lunch pada jam 12:00 di kala perut saya kenyang lagi dan roti pun masih blom hancur dalam perot sy.

~cuba teka`

dimana cameraman..
adushh perutku tertusuk duri gajah...
cuba teka??



laWatan cik Kiah


berjam2 datink bersama beratus insan perlbagai rupa di tempat yg paling best dan agak menenangkan...ditemani pelbagai bunyi-bunyian yang menakotkan dan mengghairahkan..dengan pelbagai bunyi yang pertama kali pernah kudengari..hebat..tak sempat nk rakam je..

mane tempat dier?? tu...iaitu..ZOO NEGARA..ape yg paling best..'APE CENTRE' lagi best biler dibace ngan 'ape citer' he3..





~aNgin`

Ku..
khabarkan pada sang angin
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan
dan ku..
khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang
bawa cinta ku ke sisir pantai
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
katakan padanya
cintaku mahukan dia
Khabarkan pada sang bunga
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya
angin khabarkan
cinta ini padanya
angin tolonglah
cintaku mahukan dia

cinta~~

Mengapa cinta tak bisa disatukan

Hanya karena sebuah

PERBEDAAN


muNgkinkaH``

Cinta terganjal oleh keberadaan
Cinta tertahan oleh keadaan
Bukanku tak mencintaimu
Hanya waktu yang kan menjawab semua ini
Jangan tanyakan perasaan diriku
Jangan katakan ku tak peduli denganmu
Bukan ku tak menyayangimu
Tapi kenyataan yang berkata lain

~CiNtaku~KaSihKu~RiNduKu~


menjerumuskan diri di dalam dunia cinta hanya ketika tlah btol2 bersedia tuk dilukai...jangan lah hanya berharap kepada ssuatu yang indah...kerna keindahan itu tetap jua sesuatu yang tak pasti... jadi persiapkan diri sebelum menempuh terowong cinta.

bimbang tidak tertempuh terowong itu di saat berada di tgh2 perjalanan..ingin berpatah balik, jauh perjalanan malah lebih berliku berbanding meneruskan hingga penghujung...disaat itu mulalah timbul rasa kesal, kecewa, menyalahkan diri sendiri malah orang lain kerana membawa kita ke perjalanan itu.. sedangkan kita sendiri yang merelakan semuanya.. dan yang layak disalahkan tak lain hanyalah DIRI KITA.

keputusan adalah atas diri kita sendiri..tiada siapa yang dapat memaksa kita untuk menempuh terowong tersebut bersamanya biarpun dia benar2 menginginkan kita untuk menemaninya..tp kalo kita dah tak mahu..kita berhak tuk bersama yang kita mahu...menerima seseorang atas kebaikannya, kasihan, paksaan, atas kehendak orang lain atau apa saja selain dasar cinta yg tulus dan telus adalah sesuatu yg bakal memusnahkan diri kita sendiri..walaupun kita bercita-cita mahu membahgiakannya..pasti kebahgiaan takkan dapat dikecapi semudah abc..bagaimana kita hendak membahgiakan orang lain sedangkan diri kita tak bahgia? bukankah segala2nya bermula dari dalam diri kita?

mudah atau payah kita mendapatkan orang yg kita mahu tak penting..yang penting bila kita dah dapat org yg kita inginkan hargailah dia seadanya selagi kita bersamanya..setia, bertolak ansur, toleransi, jujur, terus terang, percaya, tidak mengongkong, dan jangan main belakang..ciri2 biasa yang sume orang tau..itu pun kalo kita inginkan pasangan kita berbuat bnda yang sama..`JANGAN BUAT KALO KITA TAK NAK DIA BUAT`...konsep yang mudah...kalo pn bukan dier yang akan balas balik kat kita..kita ttp tak tau siapa selepas dier...yang pasti lagi nyata..kita ttp akan merasai sama atau lebih ape yg kita pernah buat kat dier..hukum karma! ketika tu tak guna mengalir air mata darah sekalipun..masa ttp takkan berputar kebelakang untuk kita memperbetulkan kesilapan silam.
p/S:moral of da story?? sape yang nk bagitau?

aku yang sengal

ah...penat!! jom tdo..dh mlm..esok2 aku sambung lagi..tata!!

~sePeTang YanG DaMai~

d McD MJ ketika aZ berjalan2 mencari seat bersama aP.. tiba2.......

aK: aZ..!

aP: syg, tu u punye ex kan?

aZ: mane?

aP: yang panggil u tu la..

aZ: owh..iyer ke? u ingat ek..i pn dah tak ingat dah muka dier

aP: pehal dier tu?

aP menarik aZ ke meja aK

aP: hye.. u aK kan?

aK: hye..yup. u?

aP: owh..ini ke aK yg baek lagi mulia.. u tau tak, u ni idola i..aZ sllu cakap pasal u.. tp tu dulu la..camne life u skang?

aK: owhh yer ke..pe la agaknye yang u cakap smpai orang buat i ni jadi idola kan? (smbil melirik ke arah aZ)

aZ: syg.. i tak tau pn u jadikan dier ni role model dalam idup u..tak penah bgtau i pn?

aP: sj i simpan..buat pe i nk bgtau u..bukan u idola i..i kena la jmpa idola i baru i cakap..biar cakap depan2..i ni tak main la nk cakap blakang2..kalo i bgtau u pn..cm la u tu nk bgtau kat dier kan?

aZ: syg, i blah dulu la cari tempat

aP: ok..jp g i datang..btw, cik aK.. u da jmpa ke org yg menggembirakan n membahgiakan hati u dari 1st kenal smpai ujung nyawa u?

aK: hm..nape u tanye i mcm tu? u ade calon tuk i ke?

aP: i ade calon tuk u? kalo i ader pn..takot plak nnti org tu asek sakitkan ati kaum i je..dari 1st kenal u..kan lagi susah?

aK: i ni kan penyabar..most outstanding n understanding gf..sakit ati tu tak jadi msalah besar pn tuk i

aP: ye ke tak mnjadi masalah besar? smpai kan i dengar c aZ ni asek sakitkan ati u je dari mula2.. smpaikan org tu suh i beware ngan dier..

aK: hmm..

aP: tp takkan la senang2 i nk pecaya org yg i sendiri tak kenal kan..

aK: u bahgia ke ngan aZ?

aP: bahgia ssangat..xpenah ckit pn dier sakitkan ati i..tinggi sore pn tak penah..may b dier dah puas sakitkan ati u gaknye..k la..i tak kose nk layan pmpuan psiko cm u..i gtg..NICE MEETIN U!! harap xjmpa u dah pasni..tp last u kena datang time weddin kitorang nnti..k?

aK: insyaAllah

aP: Tuhan pasti mngizinkan..wajib mghadiri jemputan..k, bye

aK: assalamualaikum

aP: ws

-hanyalah sebuah perbualan tanpa aku tak tau pn siapa watak2 itu..tp perbualan yg mmbuatkan otak ku merakam dan menyalin kat blog ni..ape tandanye? sbb agak menarik..-

maLas

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

-fiNalLy-

ALHAMDULILLAH...PILIHAN DAN KESEMPATAN YANG MEMBUAT HAMBA MENGERTI TENTANG MAKNA DIRI..

AKHIRNYA AKU MENEMUKANNYA

LaGu

Sheila Abdul - Mungkinkah -download-


Seperti ada yang tak kena

di saat melihat ke arahmu

saat kau berpaling dan tersenyum

dunia jadi luar biasa

maafkan andainya ku mengganggu

ku bukan membaca fikiranmu

ku hanya ingin mengenalimu

dan tahu ku menyukai kamu

mungkinkah ku teman biasa

seawalnya kita berjumpa

kucinta kau tidak terasa

pedih saatnya


mungkin bila tiba saatnya

kita akan tetap bersama

mungkin kita kan jatuh cinta

mungkinkah


maafkan andainya ku mengganggu

ku bukan membaca fikiranmu

ku hanya ingin mengenalimu

dan tahu ku menyukai kamu

mungkinkah ku teman biasa

seawalnya kita berjumpa

kucinta kau tidak berasa

pedih saatnya


mungkin bila tiba saatnya

kita akan tetap bersama

mungkin kita kan jatuh cinta

mungkinkah

mungkinkah ku teman biasa

seawalnya kita berjumpa

kucinta kau tidak berasa

pedih saatnya

mungkin bila tiba saatnya

kita akan tetap bersama

mungkin kita kan jatuh cinta

mungkinkah

mungkinkah... oooo...

kita akan bersama..ooooo...

mungkinkah...

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

vaLentinEs??

HARI VALENTINE mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dgn menumpaskn krjaan islam di cordava..

HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...

aPe Yang bOleh DiBuaT keTika BOsan

jom kita buat gmbar ari ni... ni pn org yg ajar aku..siapa orang yg ajar aku ni?? eh..ajar ke..tak de maknanye.. dier bgtau gi kat photophunia je..pandai2 la buat sndiri..


ni web dier..
http://www.photofunia.com/

korang bleh klik je kat ctu..n pilih la mane korang berkenan.. pastu ikot je la direction dier..pndai2 la bace.. kalo tak pandai bace..takkan bleh bace ape aku tulis ni kan..


ni cth pic sengal yg korang bleh buat..yang tak patot diikot..
ade ke patot.. gmbar patung yg jadi primary??
(sian budak baju biru tu)









ni plak contah2 lain yg agak okz la.. (sbb ape letak pic kat bawah ni ek?)


RIBENA - ada arak 0.1%

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.



Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

uSaiKan KeSediHanMu

Dia ada di sini kelmarin
dekat dengan kita
tak pun kita hiraukannya
kerana kita yakin esok dia tetap disitu

hari ini kita mencari-cari
tercari-cari sesuatu yang terbiasa di situ
tapi dia tidak kelihatan

hati mula tertanya-tanya
kemana dia telah pergi
sunyi dan sepi tanpa diketahui
yang pastinya dia tidak disini lagi

sedihkah kita?
usaikanlah kesedihan itu
kerana sikap kita sendiri
tak pernah menghargai dia
di depan mata kita
biarlah dia tiada di situ
usah dinanti dan usah dikesali lagi
yang pastinya akankah kita tidak mengulanginya?

suratan ATAU kebetulan


Usah berbicara ttg cinta
andai tak mengerti maknanya
usah mengucapkan sayang
andai tak wujud kehadirannya
usah melafazkan janji
andai tak pasti tuk dikotai
usah menyatakan ikhlas
andai dendam menjadi taruhan

siapa aku?
hanya insan penuh dosa dan noda
terdampar di tepian luka dan duka
dihempas badai kepercayaan yang terbina
butakah aku untuk menilai
kilafkah aku untuk merasa
tersilap perhitungan yang silam
terjerat dalam kancah tak terduga

permainan apakah ini?
siapalah aku untuk mengadilinya?
siapalah aku untuk menghukumnya?
bukankah itu kerja DIA?
mengapa manusia semakin berani mengambil alih tugasNYA
ku dongak ke langit
kuserahkah segalanya padaMU YA TUHANKU
I HATE THIS PART RITE HERE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang aku tak paham

manusia yang berpura2 baik...baik ke? wajarkah dikatakan sesorang itu baik bile diri dier sndiri yang kerap menyanjung tinggi diri sendiri..konsep dier sm je cm org giler takkan mngaku dier giler..tp bile org baik..bleh plak mngaku baik? ape kes??

baik ke dier bile kasi fri gift je segala2 yang berlaku or yg tlah dilakukan oleh org yg paling dier rapat..yg kononnye yg dier syg macam nak mati kat sume org yg dier jumpa walaupun dier tak cukup mengenali orang tu? dgn kata mudah tuk difahami..penjaja cerita la kan..tp kalo berjaja pn ader hasil..dier ni penyedekah la kot..cakap kat sane sini ttg perlakuan org yg kononnye dia sayang.. nk bgtau 1 dunia la yg org tu jahat n tak adil kat dier..salah dier jugak.. sape suh nk kat org yg jahat n tak adil cm tu? dah ckp mcm2.. pastu bile si jahat tu nk suh si baik ni blah dari idup si jahat ni..tak mo plak..menangis n merayu tak mo.. tp si jahat yg memang jahat ni tak peduli la kan..nm pun jahat..si jahat ni yg berambus dari idup si baik ni...dah berdekad2 si jahat ni tak kaco si baik ni...ttba si baik ni dtg mmbuat onar plak...ayat yg paling best...-dari 1st kenal asek nak sakitkan dier- jawapan dier..lu pk la sendiri.. kalo si baik ni dah tau dari 1st kenal..dari 1st tu..si jahat tu dah sakitkan dier..nape si baik ni bodoh dan bangang sangat terima si jahat ni?? pastu buat macam2 kenyataan...adakah si jahat ni harus dipersalahkan? atau si baik ni yang terlalu baik n rasa diri tu terlalu kuat tuk menepis segala kesakitan yg dier rasa dari 1st? tak paham sungguh orang mcm ni..

kalo korang pn.. korang kenal ngan sum1..baru kenal ni..mula2 kenal sum1 tu sakitkan ati korang..korang bleh terima ke sum1 tu tuk jd spcl dlm idup korang?

org ni kalo dh biasa menipu n membohong...smpaikan org yg jujur..bercakap btol n tak mmbohong pn disamakan ngan dier.. at last bile pembohongan dier dah terbukti.. ttba hangin puting beliung plak dier.. padahal kita tak ckp pn dier tpu..baru je nk memulakan hujah...tak smpat pun hujah nak bermula..berjet2 bom dilepaskan..nmpak sgt nk tutup kesalahan...

moral of da story... org yg bcakap lembut..susun atur kata yg kemas...sopan santun..bukan semuanya luar dan dalamnye sedemikian rupa..berhati2 dan jgn mudah percaya kepada kebaikan sesorang..dan yang terakhir..hanya orang yang memahami memahami..

p/s: sori la kepada sesorang..mgkin 2 org or 3 org..or infiniti org yang terasa disiat2 jantung hatinya.. berhenti la dari lakonanmu

InDahNyerrrr....

Indah nama kerana "sebutan"
Indah budi kerana "sopan"
Indah otak kerana "keintelektualan"
Indah orang kerana "kecantikan"
Indah mulut kerana "perbahasan"
Indah mata kerana "jelingan"
Indah pipi kerana "kegebuan"
Indah bibir kerana "kemuncungan"
Indah gigi kerana "jongang"
Indah tangan kerana "ketangkasan"
Indah kaki kerana "kepantasan"
Indah lutut kerana "kebulatan"
Indah siku kerana "ketajaman"
Indah sendi kerana "tulang"
Indah suami kerana "kewangan"
Indah isteri kerana "kemanjaan"
Indah boy fren kerana "kehenseman"
Indah girl fren kerana "kecomelan"
Indah baju kerana "jahitan"
Indah tudung kerana "pemakaian"
Indah buku kerana "tulisan"
Indah kayu kerana "ukiran"
Indah bangunan kerana "rekaan"
Indah tangga kerana "susunan"
Indah longkang kerana "kebersihan"
"INDAH WATER" kerana "JAMBAN"

bilerr...??


biler seseorang datang
tak pernah terlintas tuk seseorang tu pergi
kau coba bertahan demi sebuah perhubungan
lalu kau belajar menjadi setia
walau seringkali kesetiaanmu itu dicurigai
namun yang penting keikhlasan hati sucimu




biler benteng pertahananmu mula goyah
kesabaranmu menjadi pendinding paling utama
perhubungan kalian tetap dipertahan
selagi dirimu mampu bertahan


biler kau tak mampu bertahan
berakhirkah sebuah perhubungan itu
pemergian seseorang itu tetap takkan kau pinta
biarlah kau yang melangkah pergi
sendiri


dan
biler kau telah pergi
seseorang itu takkan diharap lagi tuk kembali

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

AYAT KURSI...

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."