~aNgin`

Ku..
khabarkan pada sang angin
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan
dan ku..
khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang
bawa cinta ku ke sisir pantai
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
katakan padanya
cintaku mahukan dia
Khabarkan pada sang bunga
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya
angin khabarkan
cinta ini padanya
angin tolonglah
cintaku mahukan dia

2 comments:

patyme 2 3 said...

indah....

DaNN said...

indah tapi menyakitkan